Thursday, October 18, 2012

DILEMA CINTA DAN ANUGERAH (EP:1)



“sayang, sampai hati awak nak bunuh saya..”narita merintih.
Badannya penuh dengan calar balar luka. Darah juga mengalir membasahi seluruh tubuhnya. Begitu juga dengan teman lelakinya. Seperti berlakunya pergaduhan besar.
“kamu pun tegarnya mahu bunuh saye. Kata orang die pom same je.” Teman lelakinya seakan mau menitiskan air mata tapi ditahan jua. Malu menitiskan air mata di hadapan wanita kesayangannya.
“tapi awak da bunuh ramai orang. Saya terpaksa hapuskan awak. Bukan saya tak sayang awak. Saya sayang sangat.” Narita terduduk.
“saye bagitau dah kan. Tu bukan saye yang buat.. bukan saye bunuh orang. Kenape awak tak percayekan saye.”teman lelakinya membela dirinya yang tak bersalah.
“saya dilemma sayang. Tak tau nak percaya siapa. Sedangkan saya ade bukti.” Narita menumbuk tanah berkali kali..air mata laju mencurah.
Bukan saya tak sayang awak, sayang. Saya terpaksa. Saya terpaksa melakukannya sayang. Saya terpaksa menghapuskan sayang. Kerana awak tak sama macam saya. Awak bukan..,,
Belum habis narita bermonolog, dia pengsan tidak sedarkan diri. Terlalu banyak darah membasahi tubuhnya.


BEBERAPA TAHUN SEBELUMNYA
Perlahan-lahan mata bundarnya dibuka. Sesekali dia mengedip matanya lalu mengenyeh matanya yang tidak bersalah..haha.. terlalu silau cahaya pagi nan indah. Narita mengeliat, terasa letih pula tubuh. Matanya dilirikkan ke henset disebelahnya. Terkejut melihat jam di hensetnya menunjukkan waktu pukul 10.40 a.m.

‘aiyak!! Matahari sudah meninggi..mimpi best sangat sampai tak sedar-sedar..haha.. baik aku gi mandi cepat-cepat’

Sempat pula tangan mencapai henset. Mahu membaca sms yang banyak belum dibaca. Semuanya ucap selamat pagi. Selamat pagi jek ke,sekurang2nya ajaklah breakfast ke apa ke.haha.. dan dia tersenyum membaca sms yang sorang ni iaitu daripada kekasihnya.. Dah jadi kebiasaan kekasihnya akan mengucapkan selamat pagi dan kata-kata indah sebelum kekasihnya pergi kerja. Kata-kata tu akan memberi semangat kepadanya untuk memulakan hari-hari yang indah.. dah dah,gi mandi dulu. Selepas itu duduk dapur, sudah menjadi kebiasaan setiap hari pukul 11 pagi dia akan mula memasak..
Narita adalah graduasi yang sedang menunggu tawaran sambung pelajaran dan juga menunggu jawapan tmuduga-temuduga kerja. Kedua-duanya narita mengharapkan ada jawapan. Narita hanya duduk di rumah membantu ibunya menguruskan rumah dan membuat kuih muih.
Sambil-sambil narita menyiang ikan, dia termenung memikirkan mimpi aneh tadi. Sudah beberapa kali dia termimpikan perkara yang sama. Dahla muka buruk-buruk belaka yang datang, tak suka betul. Setiap kali mimpi tu, dia akan merasakan tubuhnya letih. Letihnya bagaikan baru sudah berlari. Tapi memang aku berlari-lari pun dalam mimpi tu. Sudah cukup sudah fikirkan menda ni. Nanti tak siap-siap masak lak . Masak nanti aku nge mak aku..huhu..

                                                                                                …….to be continue…………….

No comments:

Post a Comment