“sayang,
sampai hati awak nak bunuh saya..”narita merintih.
Badannya penuh dengan calar
balar luka. Darah juga mengalir membasahi seluruh tubuhnya. Begitu juga dengan
teman lelakinya. Seperti berlakunya pergaduhan besar.
“kamu
pun tegarnya mahu bunuh saye. Kata orang die pom same je.” Teman lelakinya
seakan mau menitiskan air mata tapi ditahan jua. Malu menitiskan air mata di
hadapan wanita kesayangannya.
“tapi
awak da bunuh ramai orang. Saya terpaksa hapuskan awak. Bukan saya tak sayang
awak. Saya sayang sangat.” Narita terduduk.
“saye
bagitau dah kan. Tu bukan saye yang buat.. bukan saye bunuh orang. Kenape awak
tak percayekan saye.”teman lelakinya membela dirinya yang tak bersalah.
“saya
dilemma sayang. Tak tau nak percaya siapa. Sedangkan saya ade bukti.” Narita
menumbuk tanah berkali kali..air mata laju mencurah.
Bukan
saya tak sayang awak, sayang. Saya terpaksa. Saya terpaksa melakukannya sayang.
Saya terpaksa menghapuskan sayang. Kerana awak tak sama macam saya. Awak bukan..,,
Belum habis narita
bermonolog, dia pengsan tidak sedarkan diri. Terlalu banyak darah membasahi
tubuhnya.
BEBERAPA
TAHUN SEBELUMNYA
Perlahan-lahan mata
bundarnya dibuka. Sesekali dia mengedip matanya lalu mengenyeh matanya yang
tidak bersalah..haha.. terlalu silau cahaya pagi nan indah. Narita mengeliat,
terasa letih pula tubuh. Matanya dilirikkan ke henset disebelahnya. Terkejut
melihat jam di hensetnya menunjukkan waktu pukul 10.40 a.m.
‘aiyak!! Matahari sudah
meninggi..mimpi best sangat sampai tak sedar-sedar..haha.. baik aku gi mandi
cepat-cepat’
Sempat pula
tangan mencapai henset. Mahu membaca sms yang banyak belum dibaca. Semuanya
ucap selamat pagi. Selamat pagi jek ke,sekurang2nya ajaklah breakfast ke apa
ke.haha.. dan dia tersenyum membaca sms yang sorang ni iaitu daripada
kekasihnya.. Dah jadi kebiasaan kekasihnya akan mengucapkan selamat pagi dan
kata-kata indah sebelum kekasihnya pergi kerja. Kata-kata tu akan memberi
semangat kepadanya untuk memulakan hari-hari yang indah.. dah dah,gi mandi
dulu. Selepas itu duduk dapur, sudah menjadi kebiasaan setiap hari pukul 11
pagi dia akan mula memasak..
Narita adalah
graduasi yang sedang menunggu tawaran sambung pelajaran dan juga menunggu
jawapan tmuduga-temuduga kerja. Kedua-duanya narita mengharapkan ada jawapan.
Narita hanya duduk di rumah membantu ibunya menguruskan rumah dan membuat kuih
muih.
Sambil-sambil
narita menyiang ikan, dia termenung memikirkan mimpi aneh tadi. Sudah beberapa
kali dia termimpikan perkara yang sama. Dahla muka buruk-buruk belaka yang
datang, tak suka betul. Setiap kali mimpi tu, dia akan merasakan tubuhnya
letih. Letihnya bagaikan baru sudah berlari. Tapi memang aku berlari-lari pun
dalam mimpi tu. Sudah cukup sudah fikirkan menda ni. Nanti tak siap-siap masak
lak . Masak nanti aku nge mak aku..huhu..
…….to
be continue…………….